Followers

Saturday, January 12, 2019

KIRIMKANRINDU

30.00/33.00
Postage 8.00/12.00
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
KIRIMKAN RINDU
**********************
“Ya! I tahu I tak layak untuk cemburu.” Pengakuan yang aku cipta sendiri.
“I rasa, you patut aktifkan balik phone atau call dia.” Itu yang Tengku Aidan balas dan kemudian dia bangkit berdiri.
Dua tapak tangannya dilekatkan ke atas meja menjadikan badannya condong ke arahku.
Mataku melilau ke arah kubikel rakan sekerja. Nampak mereka seperti sedang membawang dan aku yakin topik tersebut ialah diriku. Terasa macam artis pula gayanya.
“Tak perlu cemburu Khayra. Assad tu sayang you sorang jer.” Sebaik melafazkan ayat tersebut, Tengku Aidan angkat tangan isyarat memberitahu yang dia mahu pergi.
Aku pula tersandar ke belakang kerusi.
Adakah ini satu pembohongan yang bertujuan mahu memaniskan apa yang telah menjadi pahit? Mahu menambah perisa pada rasa yang telah tawar?
Kalau Tuan Assad sayang aku sorang, Maisuri tu apa pula?

Karya yang bakal muncul di layar kaca anda ....
www.wasap.my/60125554705Harga SM: RM24.00
Harga SS : RM28.00
random teaser:
Tatkala kereta Danial sudah keluar daripada perkarangan rumah, Is berjalan penuh lagak menuju ke muka pintu.
Dia mencebik.
"Ini Is lah, ingat aku takut kau ugut nak pecat aku? Kau ingat aku menggeletar?"
Is goyangkan kedua belah lututnya. Dia tertawa sendiri.
"Isketambola... Buruk betul nama tu!" Is mengeluh.
Kak Hasnah menghampiri dengan bakul pasar di tangan.
"Memang buruk pun. Cara kau goyang kaki tu pun buruk. Cara gelak tadi tu lagi buruk!" kutuk Kak Hasnah sambil tersenyum lucu. Is termalu. Digarunya kepala berkali-kali sebelum berlalu ke dapur.

Friday, October 26, 2018


teaser CATATAN BUAT DR. LUQMAN
PREORDER SEHINGGA 30/11/18
www.wasap.my/60125554705

“kenapa dia?” Soal Cempaka. Hatinya menahan rasa marah. Namun dia cuba berlagak biasa. Dia tak mahu gunakan emosi untuk berbincang.
“Kerana dia memang jodoh I sejak dulu lagi. You tak boleh haling takdir, Cempaka.”
“Takdir? Takdir yang di reka sendiri. Jangan buat saya macam orang bodoh, Dian. Tak mungkin saya akan lepaskan suami sendiri pada wanita lain. Cukup sekali saya pernah di sakiti.”
Dian ketawa kecil.

“Ya I tahu kisah Luqman dan his second wife. Tapi kisah I dan dia berbeza, Cempaka. I sememangnya si takdirkan untuk memiliki Luqman Cuma…”
“Cuma apa?” Pintas Cempaka.
“Cuma waktu itu masa dan keadaan tak mengizinkan. Dan sekarang I bersedia untuk kembali pada Luqman. I tinggalkan cinta I pada Luqman bersebab dan I kembali pada dia juga bersebab. You tak boleh nafikan Cempaka kalau I dulu yang hadir dalam hidup dia.”

Cempaka diam. Mahu menangis namun dia tak mahu kelihatan lemah di hadapan Dian.
“Kalau dia untuk awak, kenapa awak tinggalkan dia dulu.”
Dian pandang langit biru.
“I ada sebab tersendiri kenapa I tinggalkan Luqman.”
“Kalau betul you pernah hadir dalam hidup dia kenapa dia seolah-olah tak kenal awak. Seolah-olah ini kali pertama kamu berdua bertemu. Luqman tak pernah cakap apa-apa pada saya. Tentang awak atau masa silam dia.”
Dian senyum nipis.

“Itu you kena Tanya Luqman kenapa dia buat-buat tak kenal I. mungkin takut you tahu banyak benda yang dia sembunyikan.”
“Saya tak faham betul-betul tak faham. Samada kisah ini Cuma rekaan awak.”
“Cempaka I’m sure Luqman tak pernah lupa pada nama Sofea. Lama saya pendam rindu ini Cempaka. Cukup lama. Saya akui waktu itu saya tak mampu membalas cinta Luqman.”
‘Simpati? Apa ayat Dian ini Cuma meraih satu simpati darinya. Cukuplah sekali dia bersimpati dengan Dyja dan akhirnya simpati itu memakan dirinya sendiri.
“Apa yang awak mahukan sekarang, Dian?” Soal Cempaka. Dia berkalih ke kiri memandang Dian yang masih merenung jauh di langit biru.

“Apalah yang saya boleh lakukan sekarang Cempaka. Saya Cuma mahu seseorang untuk temani saya di saat-saat akhir ini.”
‘Hati tolong jangan bersimpati, hati tolong jangan di kasihani.’ Cempaka berbisik sendiri.
“Dian, maaf bukan tiada simpati di hati saya tapi suami bukan untuk di kongsi kasihnya. Cukup sekali dan saya tak akan benarkan ia berulang lagi.” Suara tegas Cempaka menyentak sedikit hati Dian. Ya wanita ini hanya mempertahankan rumahtangganya. Kenapa tega untuk merebut sesuatu yang bukan hak nya.

Monday, October 22, 2018

PROMOSI HEBAT

TKUCH KUCH HATIKU
JUALAN TERHEBAT .......SETIAP PEMBELIAN 200 TERAWAL (bergantung pada publisher) akan dapat hadiah percuma hello kitty atau perfume  πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Ada lagi ....setiap pembelian kombo berhak dapat sertai cabutan bertuah πŸ‘œπŸ‘›
Hadiah ada pada katalog
🎁🎁🎁🎁
.
.
.
🀩🀩

Thursday, April 19, 2018

JUALAN MURAH

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
 Sempena Pesta Buku Kuala Lumpur
Publisher Cute Creative
akan buat jualan murah
4 buku 50.00
8 buku 100.00
Postage 10.00/15.00
☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️☘️
Ini antara tajuk-tajuknya
Kekasih satu malam
Kesuma jiwa
Serakah
Rumah
Hurin annatasya
Polong
Gelora cinta
Babak cinta
I Love u abg singa
I hate u abg singa
Renggut
Cinta express
P/s I love u
Destiny
Emerald yg terpilih
Anekdot seorg guru
Debaran cinta
Tuan Danial
Janji kekasih
Wasilah kasih
Dia duda fresh
Antara 5 cinta
Dan seperti kita
Selendang dri sadim
Sweet rania
Terima kasih beb
Kau kiwi hatiku
Mentor subjek cinta
Hikayat selipar tat sing
Romanjiwa
Cinta abg sado
Dia bkn playboy
Inez sofea
Operasi ikat hati
Teruna

Saturday, March 10, 2018

LELAKI PILIHAN - EDISI TERHAD

Image may contain: 1 person, text

LELAKI PILIHAN 30.00SM/33.00SS
POSTAGE 8.00SM/12.00SS


WhatsApp 0125554705


WhatsApp 0125554705


Tajuk : 
Lelaki Pilihan 
(Gabungan Lelaki Pilihan Terakhir + Lelaki Teragung)





Sinopsis :



Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan.
 Tapi, kenapa Aakif Hudzairi

 tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? 
Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan?

Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia.
 Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh 
yang tertulis antara mereka?
Hud yang beku. 
Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. 
Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, 
mereka suka wanita yang sama.

“She’s mine.”
“Aku peduli apa.”
Mata bertentang mata. Ada api yang marak membara.
“Touch her and I’ll kill you.”
 Nada biasa-biasa tapi ayat amaran yang diberikan
 lelaki itu cukup berbisa.

Kerana seorang Airis Safiya, semuanya berantakan.
 Pertalian darah bukan lagi satu keutamaan. 
Yang penting cinta di hati harus menang.

Siapakah lelaki yang menjadi pilihan bagi
menggalas tanggungjawab 
mengambil Airis untuk diletakkan dalam hati?

********

: Ini adalah edisi terbit semula dengan kombinasi 
Lelaki Pilihan Terakhir dan Lelaki Teragung. 
Bukan Edisi baru.

Wednesday, March 7, 2018

CINTA ABANG SADO

CINTA ABANG SADO
RM25.00SM/RM28.00SS
POSTAGE 8.00/12.00
WHATSAPP 0125554705
WHATSAPP 012-5554705
==================================================
Ros Adiba dan Azrai Naufal menghadapi tentangan hebat dalam melayari rumah tangga mereka. Dan pernikahan tanpa restu itu mengundang malapetaka bila nyawa Ros Adiba diregut saat melahirkan bayinya. Demi sebuah hati yang cukup walang, Azrai Naufal tega menyerahkan hak jagaan anaknya kepada sahabat baik arwah isterinya. Azrai Naufal pula menghadapi kematian tragis sehingga menyebabkan anak yang ditinggalkannya menjadi yatim piatu. Adam Naufal, lelaki kacak bertubuh sado ini punya hati sekeras batu kerikil. Arahan ibunya agar mendapatkan semula anak saudaranya harus dipenuhi dengan apa cara sekalipun. Keutamaannya cuma satu, mendapatkan semula hak anak buahnya daripada jagaan seorang doktor wanita bernama Dian Arissa. Pelbagai strategi dipasang untuk menculik anak buahnya sendiri. Entah kenapa, hati kerikilnya juga terpaksa bertarung untuk sebuah cinta. Dian Arissa juga merasai getaran yang sama namun cuba dinafikan demi amanah yang digalasnya. Perebutan yang terjadi membuatkan tali cinta mereka semakin terikat rapi. Semua persoalan terungkai satu persatu dan apakah yang terjadi selepas itu? Bila permusuhan menjadi cinta... Dapatkah Adam Naufal merampas kembali hak keluarganya ke atas anak kecil itu tanpa melepaskan cinta yang semakin tergenggam erat antara dia dan Dian Arissa? Dan lebih menakutkan lagi apakah nasibnya juga akan seburuk kisah cinta abangnya apabila kasih mereka ditentang hebat oleh keluarga? Semuanya bakal terjawab di dalam naskah yang kaya dengan nilai kemanusiaan ini.