SEHARUM CINTA LESTARY RM12
H/A RM19.90
Lestary, berdarah kacukan Melayu-Dubai yang jatuh cinta pada Dafiezudin
sewaktu dirinya telahpun bergelar tunangan orang, Razim. Siapakah yang
dapat menambat hati Lestary?
Lestary adalah anak Hanan Alaa bersama
Daud, perkahwinan campur antara Malaysia dan Dubai. Sewaktu Lestary
berusia 5 tahun, dia dan ibunya diperkenalkan pada Wan Bada, orang tua
Daud malangnya dua beranak itu terus dibenci dan diseksa jiwanya oleh Wan Bada.
Akhirnya Hanan Alaa yang sarat hamil anak ke dua telah diceraikan talak
3 setelah Daud menikahi Milah (isteri kedua). Bersama Lestary, Hanan
Alaa meninggalkan rumah Wan Bada. Mereka dibantu imam dan seorang wanita
berhati mulia di kampung itu.
Akibat fitnah dan cemburu, Hanan
Alaa terbunuh. Injap jantung, hati dan buah pinggang diderma kepada
yang memerlukan bertepatan amanatnya.
Setelah 10 tahun menetap
di luar negara, Lestary kembali ke Malaysia dan bekerja di puncak
Cameron Highland. Dia menemui penerima injap jantung dan hati ibunya
selepas bertunang dengan Razim. Tanpa sengaja, dia jatuh cinta pada
Dafiezudin dan cinta itu kian mendalam setelah mengetahui milik ibunya
ada di dalam diri lelaki itu. Cinta bersemi kian kukuh dan berlakunya
persaingan cinta antara Dafiezudin dan Razim, demi memenangi hati
Lestary.
No comments:
Post a Comment