SYAIR CINTA RM10
H/A RM19.90
CINTA antara Dayang Sabrina dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi
walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah. Namun, bermulalah suatu
episod duka di mana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk
menerima jemputan ke suatu majlis.
Di situlah, Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu.
Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan sematamata kerana kedudukan
dan kemewahannya. Dia turut diselar dengan kata-kata nista yang
benar-benar merobek jiwanya. Hati Dayang tercalar bagai dihiris sembilu.
Siapa yang mahu diri dihina sedemikian rupa? Lantaran, dia melarikan
diri dengan hati yang lara dan perasaan yang hiba sehingga terlibat
dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur, nyawanya masih panjang. Trauma
kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah
dibedah.
Lima tahun berlalu... Dayang bangkit dengan suatu tekad. Dia mesti
membalas dendam. Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan.
Namun, niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang
lelaki yang telah lama menghilang. Kehadirannya membongkar suatu
peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.
No comments:
Post a Comment