Followers

Saturday, June 11, 2016

KU AKAD DENGAN BISMILLAH (buku baru)


KU AKAD KAU DENGAN BISMILLAH
HARGA RM33.00
tidak termasuk pos

Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya. Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah. Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci. Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah. Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati. “Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – LUTH MIKAIL “Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – HANNAH Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

TAKKAN KU LEPASKAN (buku baru)

Siapa nak dapatkan TKLD, bolehlah PM saya. Hanya untuk pembeli yang serius je. Pre-order dibuka sekarang. Buku akan dipos dalam bulan Ogos.
Harga pre-order
RM37 SM / RM41 SS
Postage included.
Harga SELEPAS dicetak
RM47 SM / RM51 SS
Postage included.
Untuk pre-order, PM saya sekarang. Terima kasih.

KALAU DAH JODOH (buku terpakai)

KALAU DAH JODOH RM10

Sinopsis:
Yang jelas di penglihatan Jujen ialah tali pinggang yang abah pegang. Tali pinggang yang diperbuat daripada kulit itu berayun-ayun apabila tangan abah bergerak. Sesekali hujungnya mencecah ke lantai. Dada Jujen semakin berdebar laju. Dia teringat bagaimana adik-adiknya menjerit kesakitan sebaik sahaja tubuh badan mereka terkena libasan tali pinggang itu. Jeritan emak juga melengking, menyuruh abah berhenti menyebat anak-anak sendiri. Jujen sahaja yang tidak pernah kena sebat dengan abah. Jujen anak kesayangan abah. Tetapi malam itu, Jujen yakin abah tidak akan teragak-agak membantainya jika jawapan yang Jujen berikan bercanggah dengan jawapan yang abah mahukan. Abah sudah membuat keputusan. Jujen dapat melihat nekad dalam mata abah. Jujen mendongak memandang emaknya.

“Mak, tolonglah pujuk abah, mak. Tolonglah pujuk abah. Jujen dah janji. Mak sendiri kata dulu, berdosa kita mungkir janji. Tolonglah, mak.”

Thursday, June 9, 2016

NOVEL-NOVEL DARI KAKI NOVEL

HELLO, MR. PERFECT RM10
DIA IMAMKU RM10
TIKA CINTA BERSUARA RM10
KUPERCAYA ADA CINTA RM10