Followers

Saturday, July 2, 2016

SOMETHING ABOUT YOU

pre order COMBO telah ditutup lebih awal. Koata telah penuh! tunggu penghntaran Julai 2016 Pun begitu,  masih buka untuk sesiapa yang berminat membeli SAY sahaja dengan harga buku + pos. SOMETHING ABOUT YOU Harga Buku : RM33.00 Postage : RM5 sm/RM10 ss


SINOPSIS SOMETHING ABOUT YOU Cinta tidak pernah berbuat salah. Yang salah itu adalah apabila jatuh cinta dengan orang yang salah. Cinta mengkhianati Siti Azura sehingga terpenjara di bumi Afrika. Satu-satu jalan keluar dari negara asing itu adalah dengan mengukir bahagia sendiri. Lantas, apabila Hairiel Rayyan membelinya daripada Aromo, Siti Azura sanggup disepak terajang, dimaki hamun dan diperlakukan seperti binatang. Apa sahaja demi satu doa. Kesempatan untuk menebus dosa dengan pulang ke pangkuan keluarga dan memohon ampun. Anehnya, cinta berputik di hati Hairiel Rayyan melihat ketabahan seorang Siti Azura. Demi cinta, lelaki bengis seperti ular berbisa itu menjadi lemah dan sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya. Termasuk memenuhi kehendak Siti Azura untuk pulang bersama. Apa yang berlaku setelah mereka pulang ke Malaysia? Masih adakah cinta di hati Hairiel jika Siti Azura berpaling tadah? Siapa sebenarnya Siti Azura itu? Mampukah cintanya berbalas setelah kasihnya berupa seksaan, pinangannya berupa hinaan, hantarannya berupa tamparan dan cincinnya berupa sebatan? “Be my wife yesterday, now and for the rest of my life.” Apa jawapan Siti Azura?