Followers

Friday, October 26, 2018


teaser CATATAN BUAT DR. LUQMAN
PREORDER SEHINGGA 30/11/18
www.wasap.my/60125554705

“kenapa dia?” Soal Cempaka. Hatinya menahan rasa marah. Namun dia cuba berlagak biasa. Dia tak mahu gunakan emosi untuk berbincang.
“Kerana dia memang jodoh I sejak dulu lagi. You tak boleh haling takdir, Cempaka.”
“Takdir? Takdir yang di reka sendiri. Jangan buat saya macam orang bodoh, Dian. Tak mungkin saya akan lepaskan suami sendiri pada wanita lain. Cukup sekali saya pernah di sakiti.”
Dian ketawa kecil.

“Ya I tahu kisah Luqman dan his second wife. Tapi kisah I dan dia berbeza, Cempaka. I sememangnya si takdirkan untuk memiliki Luqman Cuma…”
“Cuma apa?” Pintas Cempaka.
“Cuma waktu itu masa dan keadaan tak mengizinkan. Dan sekarang I bersedia untuk kembali pada Luqman. I tinggalkan cinta I pada Luqman bersebab dan I kembali pada dia juga bersebab. You tak boleh nafikan Cempaka kalau I dulu yang hadir dalam hidup dia.”

Cempaka diam. Mahu menangis namun dia tak mahu kelihatan lemah di hadapan Dian.
“Kalau dia untuk awak, kenapa awak tinggalkan dia dulu.”
Dian pandang langit biru.
“I ada sebab tersendiri kenapa I tinggalkan Luqman.”
“Kalau betul you pernah hadir dalam hidup dia kenapa dia seolah-olah tak kenal awak. Seolah-olah ini kali pertama kamu berdua bertemu. Luqman tak pernah cakap apa-apa pada saya. Tentang awak atau masa silam dia.”
Dian senyum nipis.

“Itu you kena Tanya Luqman kenapa dia buat-buat tak kenal I. mungkin takut you tahu banyak benda yang dia sembunyikan.”
“Saya tak faham betul-betul tak faham. Samada kisah ini Cuma rekaan awak.”
“Cempaka I’m sure Luqman tak pernah lupa pada nama Sofea. Lama saya pendam rindu ini Cempaka. Cukup lama. Saya akui waktu itu saya tak mampu membalas cinta Luqman.”
‘Simpati? Apa ayat Dian ini Cuma meraih satu simpati darinya. Cukuplah sekali dia bersimpati dengan Dyja dan akhirnya simpati itu memakan dirinya sendiri.
“Apa yang awak mahukan sekarang, Dian?” Soal Cempaka. Dia berkalih ke kiri memandang Dian yang masih merenung jauh di langit biru.

“Apalah yang saya boleh lakukan sekarang Cempaka. Saya Cuma mahu seseorang untuk temani saya di saat-saat akhir ini.”
‘Hati tolong jangan bersimpati, hati tolong jangan di kasihani.’ Cempaka berbisik sendiri.
“Dian, maaf bukan tiada simpati di hati saya tapi suami bukan untuk di kongsi kasihnya. Cukup sekali dan saya tak akan benarkan ia berulang lagi.” Suara tegas Cempaka menyentak sedikit hati Dian. Ya wanita ini hanya mempertahankan rumahtangganya. Kenapa tega untuk merebut sesuatu yang bukan hak nya.

No comments:

Post a Comment