Followers

Thursday, April 21, 2011

Harga RM13
H/A: RM 18.00

Halaman: ~496

Sinopsis
Amin pasrah siapa dirinya. Anak angkat kepada sepasang suami isteri yang baik hati yang telah banyak mendidiknya menjadi insan yang bertakwa.

Akibat desakan hati yang mahu mengenali ibu bapa sebenar, dia nekad menjejaki mereka di bandar. Mencari pekerjaan hanyalah alasan untuk membaiki ekonomi diri. Bekerja di syarikat pembinaan, milik datuk jamalul telah mengajarnya erti kehidupan, kemanusiaan dan cinta. Kejujurannya yang tulus telah membuatkan amin di-amanahkan bekerja sebagai pemandu peribadi kepada lelaki itu.

Namun, kehadirannya di dalam keluarga datuk jamalul telah menerbitkan rasa benci di hati safika. Hati gadis itu sakit kerana dialah yang hampir melanggar amin. Dianggapnya lelaki itu sengaja menempah maut, sedangkan amin sebenarnya mahu menyelamatkan seorang wanita tua daripada dilanggar oleh gadis itu.

Bulan berganti bulan, amin mengalami jalan buntu mencari ibu bapa kandungnya, sedangkan dia sudah banyak termakan budi dengan datuk jamalul dan dirinya terus dibenci oleh safika. Haruskah dia berhenti berharap dan menganggap bahawa mereka sudah tiada di muka bumi ini? Dan, perlukah dia kembali ke pangkuan keluarga angkatnya yang mengharapkan kepulangannya?

Namun, wangian kasih terhadap insan-insan ini masih mekar di hatinya.

No comments:

Post a Comment