Followers

Sunday, September 2, 2012


ANGKARA SAKA RM10

Wajah bulan di langit kian suram. Petir berdentum-dentam memecah keheningan malam Jumaat Keliwon. Anehnya, ribut yang melanda langsung tidak membawa setitis hujan. Tiba-tiba satu jeritan nyaring melolong minta tolong. Nor Zuzalina seperti histeria, berguling di lantai bila jembalang berwajah ngeri itu mahu mencekiknya. Cikgu Hisyam kaget melihat isterinya.

Di sebuah pondok di
hujung kampung, Usu Lijah tersenyum puas. Dendan sudah berbalas!. Hatinya sakit bila Cikgu Hisyam mengecewakan anak saudaranya Cikgu Jasmin. Secara halus, Nor Zuzalina akan terus dirasuk oleh hantu belaannya. Dia bersumpah akan mengganggu kehidupan suami isteri ini hingga bercerai-berai.

Cikgu Hisyam terkejut apabila mendapat tahu bahawa isterinya diganggu oleh pelesit belaan Usu Lijah. Spontan dia teringatkan Cikgu Jasmin. Tak mungkin gadis itu bertindak sedemikian kerana cintanya tak berbalas. Lagipun dia tidak pernah menaruh hati pada Cikgu Jasmin.

Apakah yang akan terjadi pada Nor Zuzalina?. Bersediakah Cikgu Hisyam bersemuka dengan Usu Lijah untuk menuntut bela?. Apa pula reaksi Cikgu Jasmin apabila mengetahui perbuatan emak saudaranya?.

No comments:

Post a Comment