Followers

Sunday, March 4, 2018

LIMITED EDITION

No automatic alt text available.

KEKASIH SEMALAM -
“Sara buat abang terfikir, salah ke perkahwinan kita? Salah ke abang kahwin dengan Sara? Salah ke abang cintakan Sara?”
Sepi. Tiada jawapan dari Qaisara.
“Walaupun kita baru kahwin tapi Sara buat abang macam nak give up.”
Qaisara tersentak. Spontan kolam mata yang bertakung melimpah jatuh ke lantai. Hatinya bagai disayat-sayat. Dilapah setiap bicara Hadif yang menghiris. Lebih-lebih lagi ketika Hadif menyuarakan perasaan putus asanya pada perhubungan yang baru dibina.
“Dulu abang fikir, mungkin lepas kahwin dengan abang, Sara akan lupakan dia. Tapi rupa-rupanya abang silap. Aariz tetap nombor satu dalam hati Sara. Ya, abang sedar abang tak sebaik dia. Abang banyak kekurangan dan kelemahan. Tak ada ruang di hati Sara untuk abang.”
Kali ini air mata diiringi suara sendunya. Meloloskan diri dari cengkaman suami, pantas pinggang Hadif dirangkul erat. Kejap seperti tidak mahu melepaskan lelaki itu lagi.
“Janganlah cakap macam tu. You make me feel worst. Sara sayangkan abang. Sebab tu Sara nak kahwin dengan abang.”
Senyuman lirih teroles di bibir. Rambut Qaisara dielus perlahan sebelum Hadif mendaratkan dagunya di atas ubun-ubun si isteri. Pinggang Qaisara dipaut lembut.
“Sedar tak dari dulu Sara tak pernah cakap yang Sara cintakan abang? Sara hanya setakat sayangkan abang tapi belum sampai tahap cinta.”
Kebenaran yang pahit untuk ditelan namun itulah yang dipendam.
Qaisara terdiam. Benaknya diterpa persoalan.
‘Betul ke macam tu?’
Hadif melepaskan tawa canggung sebelum memuntahkan kata-kata yang tanpa sedar menyakitkan hati isteri tercinta.
“Mungkin abang tak layak dapat Sara.”
Mata Qaisara yang berbentuk badam mencerun tajam. Kurang senang dengan bicara bercas negatif lelaki dalam dakapannya.
“Dulu waktu belajar, abang mampu pandang dari jauh aje. Sara tak pernah tahu pun tentang kewujudan abang. Sebab abang ni penakut, kita berpisah. Bila dah jumpa balik, kita ditemukan dalam keadaan yang tak menyenangkan. Abang datang dalam kebencian Sara. Dan sekarang, kita dah kahwin tapi hati Sara bukan sepenuhnya milik abang.”
Kali ini pipinya pula yang terhenyak di atas kepala Qaisara.
“It hurts me a lot.”
Qaisara terpejam. Pecah berderai empangan rasa bersalahnya. Namun dalam masa yang sama dia diusik kata-kata Hadif.

No comments:

Post a Comment