Followers

Sunday, March 4, 2018

HARGA RUNTUH

Image may contain: 2 peopleRomanjiwa RM5.00


Pada harga yang sangat istimewa dengan setiap pembelian novel cute yang lain..
🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬

“Dira, abang sedang bercakap dengan awak.”
Adira panggung kepala. Dia membiarkan mata tajam Izzat menjilati wajah mulusnya. Namun mulutnya masih terkunci. Adira benar-benar terperanjat.
“Hei, kalau kau nak terus jadi batu, baik kau jadi batu. Jangan jadi manusia!”
Izzat mula dilanda amarah. Geram benar dia bila Adira buat-buat dungu.
“Abang tinggalkan saya, tinggalkan anak. Jadikan saya macam pengemis dirumah keluarga abang. Dan sekarang, selepas lima tahun abang datang semula secara mengejut macam ni. Apa maksud abang?”
Izzat mendengus keras!
“Kau pandai melawan sekarang ye?”
Izzat menyindir tajam.
“Abang yang buat saya jadi macam ni. Cinta saya abang racun dengan kejam. Cinta saya…”
“Apa… cinta apa? Cinta kau pada orang tua kutuk tu? Wahhh… bijak betul kau Adira. Mudah sangat kamu pilih jalan nak jadi kaya.”
“Abang jangan tuduh saya seteruk itu!”
“Baik, buktikan. Kalau kau bukan jalang, kau harus ikut aku balik!”
Izzat menyungging senyum di ekor bibirnya. Adira tersentak.
“Lima tahun abang hilang, apa abang rasa saya ni masih isteri abang ke?”
Adira membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Izzat melebarkan sengihannya.
“Talak di tangan aku Adira. Kalau aku tak melepaskan kau, sampai matipun kau tetap isteri aku.”

No comments:

Post a Comment